wat segan doe!!!

pg tdy aq dpt msj dri si sabrina...
msj nye berbunyi bergini..

Muhammad Samsul , February 25
assalammualaikum dan salam sejahtera,
niat di hati bukan untuk mengutuk tetapi ini hanyalah komen yang membina yang mana saya harapkan pada majlis akan datang agar lebih teratur dan sistematik..hanya sebagai komen dan nasihat yang membina..

1) masa
-kehadiran pelajar ke tapak perhimpunan lambat walaupun pelajar Islam menengah atas lambat habis bacaan Yasin tetapi menengah rendah sudah selesai. sewajarnya pemimpin pelajar perlu mengarah dan menyusun pelajar menengah rendah terlebih dahulu sementara menunggu pelajar menengah atas. Pemimpin pelajar tidak efisien dan bertanggungjawab!

2) pengerusi majlis
-intonasi yang bersahaja..
-perlu lebih teratur dalam setiap kata yang di sebut..
-(Azrul) nada suara terlalu mendatar..perlu diperbaiki..
-(edda) perlu belajar cara untuk menutur madah..
-pengerusi juga berperanan dalam mengawal majlis..tetapi tadi anda tidak memainkan peranan yang sewajarnya..

3) bacaan doa
-dalam majlis yang rasmi, aspek pakaian amat penting dalam mencerminkan sebuah organisasi yang hebat..sepatutnya amar perlu memakai pakaian uniform yang lengkap..bacaan doa perlu lebih jelas dan kuat..

4) penyampaian hadiah
-ketika penyampaian sepatutnya ada 2 orang pemimpin pelajar yang berdiri di sebelah Tn Hj. fizal untuk mengambil semula hadiah itu. bukannya pengetua serahkan kepada Hj. Fizal lepas itu Hj. Fizal serahkan semula kepada pengetua dan pengetua bagi balik kepada pelajar..tidak kemas!

5) Ucapan Ketua Pengawas
-Fadhil perlu sedar akan perbezaan umur. Hj Fizal adalah seorang guru bukannya rakan! perlu dihormati..tidak perlu menceritakan tentang sesuatu yang tidak relevan kerana anda adalah wakil semua pelajar untuk menyampaikan ucapan bukannya untuk diri anda sendiri..pelru sediakan teks lengkap..bukannya main suka hati sahaja bercakap..pakaian yang tidak kemas dan teratur..

6)displin
-pemimpin pelajar perlu menghormati majlis..anda sepatutnya tidak boleh berkumpul dan berbincang sesuatu ketika dalam majlis rasmi akan tetapi sekirang hal itu memang penting cuba bercakap di tempat yang tertutup sedikit..

7) kerjasama
-berdasarkan pemerhatian saya, semua pemimpin pelajar tidak menerapkan nilai kerjasama dalam pasukan..ada pemimpin pelajar yang tidak mengetahui akan agenda program.. bagaimana exco mainkan peranan??

kesimpulan..
maafkan saya jika terkasar bahasa hanya teguran yang membina demi memastikan kecemerlangan badan pemimpin pelajar terus tercapai..bagi pendapat saya,maaf terlebih dahulu saya susulkan..PROGRAM INI GAGAL!!!

yang ikhlas,,
MUHAMMAD SAMSUL BAHARI
[Tokoh Kepimpinan Cemerlang 2010]
Bekas Penolong Ketua Pemimpin Pelajar 2010

bapak segan doe!!!!!
tpi xpe.. ny sume ley diperbaiki..
kpade sume pemimpin plaja sdasa!!
jgn ptus ase!! ingat!!
WE LEAD TO PERFECTION!!!
thanks kerana kamu sudi sroll mouse kamu kerana ingin membaca post saya